Allah in the Bible?

Penggunaan nama Allah di dalam Bible?

Rakyat Malaysia kini terkejut dengan permintaan penganut agama Kristian di negara ini untuk menggunakan nama Allah di dalam upacara rasmi agama mereka.

Atas dasar apa?

Ramai yang menyokong, dengan mengatakan bahawa mereka adalah “Ahli Kitab” yang di seru oleh Allah di dalam Al-Quran.

Tapi kita sepatutnya mengkaji agama dan kitab mereka sendiri sebelum menghukum.

Bible dan Kristian.

Kitab mereka, Bible, berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “Buku”. Ianya mengandungi dua bahagian, Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament). Perjanjian Lama (OT) dikatakan adalah gabungan kitab terdahulu sebelum Injil, iaitu Zabur (Psalm) dan Taurat (Torah). Perjanjian Baru (NT) pula dikatakan adalah rekod wahyu yang diturunkan kepada Isa Al-Masih, ditulis oleh 4 penulis besar, iaitu Mark, Matthew, John, dan Luke.

Agama Kristian pula dikatakan telah di asaskan oleh Jesus Christ, atau dikenali sebagai Isa Al-Masih di dalam masyarakat Muslim. Mereka di katakan mengikut ajaran yang di ajar oleh Jesus Christ yang di nobat sebagai “Anak Tuhan” . Jesus Christ pula berbangsa Yahudi yang hidup sekitar lebih kurang 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Jesus Christ @ Isa Al-Masih bertutur dan berdakwah menggunakan bahasa ibunda baginda, iaitu bahasa Yahudi. Ada yang mengatakan bahawa baginda juga boleh bertutur dalam bahasa Greek lama.

Nama terindah, Allah.

Kalimah “Allah” merupakan kalimah Arab yang terpecah kepada dua bahagian, “Al” (ال), dan “Ilahi” (اله).

“Al” adalah satu prefix yang diletak pada sesuatu untuk mengkhususkan kepada sesuatu, i.e “kitab” adalah buku (apa-apa buku pun boleh), “Al-Kitab” merujuk kepada buku yang khusus (Al-Qur’an, Al-Injil, etc).

“Ilahi” pula bermaksud “Tuhan”.

Jadi, “Al-Ilahi” atau “Allah” bermaksud Tuhan Yang Esa, Yang Satu, The God, tiada dua, tiada tiga.

Uniknya nama “Allah” ini adalah ianya tidak boleh di pluralkan dan juga tidak boleh di letak pengkhususan jantina. Berbanding dengan perkataan “God” yang boleh dijadikan plural dengan penambahan huruf “-s” di hujungnya (Gods) atau di jadikan pengkhususan jantina perempuan dengan meletakkan penambahan “-ess” di hujungnya (Goddess).

Di mana silapnya?

Jesus Christ @ Isa Al-Masih bertutur dalam bahasa Aramaic @ bahasa Hebrew lama, BUKAN bahasa Arab. “Allah” itu sendiri adalah kalimah Arab, bukan kalimah Hebrew. Dikatakan bahawa ketika Jesus Christ di atas kayu salib dan menghampiri kematian, dia menjerit :

Elahi! Elahi! Lama sabakhtani?

Bermaksud “Tuhanku! Tuhanku! Mengapa Kau melupakanku?”.

Di sini terlihat masalah alih bahasa, di mana di dalam bahasa Inggeris, mereka mengatakan ayat tersebut bermaksud

Father! Father! Why have you forsaken me?”

Perhatikan ayat yang di bold kan. “Elahi” adalah perkataan Hebrew untuk Tuhan. Ianya SANGAT hampir dengan kalimah Arab “Ilahi” kerana bahasa Yahudi dan bahasa Arab merupakan dua bahasa yang sangat hampir yang duduk di dalam satu rumpun, iaitu bahasa Aramaic. (Berasal daripada bahasa yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s.)

Di dalam Bible sendiri mengatakan bahawa mereka menyebut nama Tuhan mereka sebagai “Jehovah”

That men may know that thou, whose name alone is JEHOVAH, art the most high over all the earth. (Psalms;83:18)

Jadi, adakah patut mereka menggunakan nama “Allah” di dalam Bible mereka, sedangkan kitab mereka sendiri bukan berasal daripada bahasa Arab?

Semoga Allah s.w.t memelihara kita dan menempatkan kita di tempat yang benar.

Allah knows best!

p/s Di sini saya ingin menekankan, ini adalah pendapat peribadi daripada saya yang takde ilmu nih. Tiada niat nak provoke mana2 pihak. Saya juga tidak mengatakan bahawa Isa Al-Masih mengasaskan ajaran Kristian. Tentang nama Jesus Christ = Isa Al-Masih itu akan dibincangkan nanti2…. hehehehehe…

January 7, 2010   Posted in: Islam, Islamic Research

2 Responses

  1. mimiamilia - January 27, 2010

    Justin,

    even its ur own opinion..but its a good one :)
    this issue menambah ‘kecelaruan’ muslim malaysia sekrang..huu

    btw,
    kalau entri pasal isu agama mesti tak ramai yg komen kan..huuu :)

  2. Ahmad - January 27, 2010

    thanks. yang best2 tuh sume dari Allah, yang tak best tuh daripada ke-bengong-an i sendiri har har har har…

    kecelaruan tuh dari dulu ada cik mimi.. skarang je dah macam makin mainstream.. dulu2 mana ada orang nak bincang pasal isu2 gini in public, skarang dah macam takde aper2.. ditambah pulak dengan kurangnye ulama’ yang ingin menampilkan diri mereka, lagi lah kita susah!

    maybe ulama’2 yg ada tuh taknak menampilkan diri sbb ada halangan…? Allah knows best…

    p/s entry agama orang taknak komen sbb takut kene ISA kot? o.O

Leave a Reply