Kisah Betul.

Seorang lelaki balik ke rumah dengan tangan yang berbalut. Kelihatan darah merah pekat masih mengalir daripada tapak tangan lelaki tersebut. Isteri beliau yang menanti beliau pulang berlari-lari dalam keadaan cemas lantaran terlihat akan keadaan suami tercinta dalam keadaan sakit yang teramat.

Setelah berlari-lari anak sambil mengelak beberapa ekor anak kucing yang turut sama berlari di hadapan beliau, beliau memeluk suami beliau dan terus membelek-belek tangan suami beliau yang luka tersebut.

Bertanya sang isteri kepada sang suami : “Kanda, kenapa tangan kanda? Siapa yang telah menganiaya kanda?”

Jawab sang suami : “Adinda, janganlah adinda bermuram. Sesungguhnya tadi ketika kekanda dalam perjalanan pulang daripada bertugas, seorang lelaki bangsat telah cuba menikam punggung seorang gadis cantik dengan pisau yang amat tajam sekali!”

Sang isteri kemudian menjawab : “Apa? Sungguh bangsat lelaki itu! Hanya lelaki yang tiada maruah sahaja tergamak menikam punggung gadis cantik yang sedang berjalan pulang! Sudah pasti kekanda mengalahkan lelaki bangsat tersebut dan dia berjaya melukakan kekanda, bukan?”

Jawab sang suami : “Tidak wahai adinda! Ketika itu tangan kekanda berada di atas punggung gadis cantik tersebut”.

End.

Credit goes to Jayson Ng

December 3, 2009   Posted in: General, Mari mengarut

One Response

  1. artakus - December 7, 2009

    Hahahahaha! ^_^

Leave a Reply