One Year oledi…

Semalam, 8 November 2009, genap setahun kakak kami meninggalkan kami. Cause of death masih tak tahu. May Allah bless her soul and place her amongst the believers, insyaAllah..

Alhamdulillah, sekarang nih dah takde masa sangat untuk diri sendiri. Kenapa saya memuji Allah di atas perkara ini, sedangkan ianya perkara yang orang lain cuba elakkan?

Sebab dengan sibuknya saya maka saya dah tak fikir pasal masalah2 yang ada. Saya mula melepaskan segalanya, membiarkan Dia menentukan jalan keluarnya. Kalau tak, dulu saya asyik berfikir tentang masalah, saya cuba untuk cari jalan keluar, sehingga saya lupa…

… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…

(At-Talaq;65:2-3)

Bukan nak cakap saya dah power. Bukan nak cakap saya dah bertambah beriman. Jauh sangat! Iman saya lagi nipis daripada kulit bawang har har har har…

Apa yang saya nak nyatakan adalah dalam kesibukan tersebut terselit satu macam nikmat. Nikmat yang susah nak diungkapkan dengan kata2, susah nak di catit di atas lembaran kertas.

Satu nikmat yang hanya saya sahaja yang dapat rasa.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang membiuskan hati saya daripada kesedihan dan kesakitan.

November 9, 2009   Posted in: Islam, Luahan

5 Responses

  1. Boss - November 11, 2009

    bersabar laa..

  2. Boss - November 11, 2009

    bersabar laa..

    Allah sentiasa bersama dengan hamba Nya yang sabar dan beriman..

  3. Fird - November 13, 2009

    Hang in there dude :)

  4. Pak Andak - December 14, 2009

    She was an altruist.. her self sacrifices, concerned about the needs of others more than her own needs..so kind and so afraid of making mistakes to the point of shouldering all by herself, even the burden of mistakes by others.
    We saw her as someone independent, yet we missed many of her needs coz she keep her fears & pains so tight to herself as she didnt want us be burdened by her.
    My thoughts are, there is a special place for her. Place where the likes of her, those who had committed their lifetimes doing special deeds for others around them, taking away the pain from others and sacrificing their own needs..

    Her ways and deeds might have not touched so many people, but whoever that had been touched by her was touched very deeply..

    She was not a teacher..but she taught me….

    Semoga roh nya diletakkan bersama orang2 yang di sayangi Allah ..

    Wassallam..

  5. Ahmad - December 14, 2009

    pak andak, thank you so much.

    i miss her and keeping this feeling inside hurts me badly..

    oh, by the way, how are things over there? business ok? I’ll be coming over to KL this New Year, insyaAllah. Saya nak datang umah Pak Andak and trying out your Nasi Beriyani.. :D

Leave a Reply